Jumaat, 24 April 2015

DASYATNYA AKHLAK WANITA KOTA TARIM


Wanita Terpelihara
Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya. Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan. Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.
Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Keperluan Rumahtangga
Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.
Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Kamar Tidur yang Wangi
Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?

Marah Wanita Tarim
Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.
Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.
Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Rumahtangga Nabawi
Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.

Ahad, 19 April 2015

PESAN HABIB UMAR UNTUK BULAN REJAB



11 Langkah amalan hendaknya diraih dibulan Rajab ini yang telah disebutka oleh Alhabib Umar

:
Hendaknya bagi setiap kaum Muslimin untuk tidak menyia nyiakan keutamaan bulan yang sangat mulia ini dengan beberapa perkara, diantaranya:

1- كثرة الاستغفار وتحقيق التوبة النصوح.
1.Perbanyak membaca Istighfar dan bertaubat dengan sebenar benarnya taubah.

2- العزم الصادق في الإقبال على الله بفعل الطاعات، وترك المعاصي والمخالفات.
2.Kesungguhan didalam mengejar ridho ALLAH SWT dengan melaksanakan keta'atan, dan meninggalkan kemaksiatan yang dilarang ALLAH.

3- النظر في أحواله وإصلاحها وإقامتها على منهج المتابعة للنبي محمد صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم
3.Menginteropeksi keadaan dirinya kemudian memperbaikinya serta membangun kehidupannya di atas peneladanan Nabi Muhammad Shallahu alaihi wa ala alihi wa sohbihi wa sallam.

4- تفقُّد شأنه في الفرائض وكيفية أدائها وسننها ورواتبها وحضور القلب فيها.
4.Memperhatikan keadaan dirinya dalam menjalankan kewajiban yang allah wajibkan kepadanya secara detail dan di dalam menjalankan sunnah sunnah serta rawatib, dan memperhatikan kehadiran hatinya didalam menjalankan semua itu.

5- الحرص على الصف الأول في الجماعة، والحرص على التكبيرة الأولى مع الإمام فلا تفوته.
5.Berusaha untuk selalu sholat berjamaah di shaf pertama. dan berusaha untuk selalu mendapatkan takbiratul ihram setelah imam.

6- أن يتفقد نفسه في القرآن ونصيبه من تلاوته وتدبره، والحرص على العمل بما فيه.
6.Hendaknya memiliki saham yang besar didalam membaca Alqur'an, mentadaburkan ayat-ayatnya, serta dalam mengamalakan tuntunannya.

7- المحافظة على الأذكار في الصباح والمساء وبعد الصلوات، وفي الأحوال المختلفة.
7.Merutinkan pembacaan dzikir dipagi dan sore hari dan dzikir seusai sholat lima waku.

8- أن يتفقَّد نفسه في المعاملة مع الأهل والأصحاب والأصدقاء والأقارب والجيران، ومع عامة الخلق وخاصتهم.
8.Memperhatikan dirinya dalam bergaul yang baik dengan rumahtangga, sahabat, teman, keluarga, tetanggga dan kepada seluruh mahluk.

9- صيام ما تيسر من أيام الشهر، وخصوصا الاثنين والخميس والأيام البيض.
9.Berpuasalah di bulan ini, khususnya dihari senin dan kamis, dan juga di AYYAMUL BHIDH (13, 14, 15 dibulan hijriah).

10- أن يكون له نصيب من الصدقات والتفقُّد للفقراء والمساكين، والإحسان إليهم.
10.Hendaknya memiliki saham besar dalam bersedekah dan memenuhi hajat orang-orang faqir dan miskin, dan berbuat paik kepada mereka.

11- اغتنام هذه الليالي في العبادة، خصوصا وقت السحر، فينبغي في مثل هذا الشهر أن يكون له حال حسن في المعاملة مع السحر، ليدخل في دائرة من أثنى عليهم الرب الأكبر في القرآن بالاستغفار في الأسحار، قال تعالى ( وبالأسحار هم يستغفرون) وقال سبحانه وتعالى: ( والمنفقين والمستغفرين بالأسحار ) وقال تعالى ( إنهم كانوا قبل ذلك محسنين كانوا قليلا من الليل ما يهجعون وبالأسحار هم يستغفرون ).
11.hendaknya mengambil kesempatan emas dimalam malam bulan rajab ini untuk beribadah, khususnya diwaktu malam terakhir, maka alangkah baiknya jika dibulan ini kita berada didalam keadaan yang mulia disaat akhir malam, dimana ALLAH berfirman: -(dan disaat sahar (akhir malam) mereka meminta pengampunan)- dan ALLAH juga berfirman: -(orang yang selalu menginfakkan hartanya dan yang meminta pengampunan dimalam hari)-, dan ALLAH juga berfirman -(Sesungguhnya mereka sebelumnya adalah orang orang yang baik, yang sedikit dari malam malamnya tertidur dan dimalam hari selalu beristgfar meminta pengampunan ALLAH)-.
نسأل الله أن يوفر حظنا من هذه الليالي وهذا الشهر، وأن يجعلنا من المقبولين المسعودين في الدنيا والآخرة.
Kami memohon kepada ALLAH untuk memberikan bagian besar dari kemuliaan malam malam bulan yang mulia ini, dan menjadikan kita dari hamba hamba yang diterima ibadahnya dan mendapatkan kebahagiaan didunia dan akhirat.
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعِنا على الصيام والقيام.

Ya ALLAH berikanlah keberkahan untuk kami dibulan rajab dan sya'ban dan sampaikan kami pada bulan ramadhan dan bantulah kami untuk bisa berpuasa dan menghidupkan malam ramadhan.

Jumaat, 17 April 2015

MASUK ISLAM KERANA MENGKAJI "IDDAH WANITA"



Gara-Gara Iddah, Pemimpin Yahudi Masuk Islam

 
 

Robert Guilhem, pakar genetik dan pemimpin yahudi di Albert Einstein College menyatakan dengan tegas soal keislamannya. Dia masuk Islam setelah kagum dengan ayat-ayat Al-Quran tentang masa iddah wanita muslimah selama tiga bulan. Massa iddah merupakan massa tunggu perempuan selama tiga bulan, selama proses dicerai suaminya.

Seperti dikutip dari societyberty.com, hasil kajian yang dilakukannya menunjukkan, massa iddah wanita sesuai dengan ayat-ayat yang disenaraikan di Al-Quran. Hasil kajian itu menyimpulkan hubungan intim suami isteri menyebabkan lelaki meninggalkan kesan khususnya pada perempuan.

Dia mengatakan jika pasangan suami isteri (pasutri) tidak bersetubuh, maka tanda itu secara perlahan-lahan akan hilang antara 25-30 peratus. Gelhem menambah, tanda tersebut akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan berlalu. Kerana itu, perempuan yang dicerai akan siap menerima kesan khusus lelaki lain selepas tiga bulan.
Bukti empiris ini mendorong pakar genetik Yahudi ini melakukan penyelidikan dan pembuktian lain di sebuah perkampungan Muslim Afrika di Amerika. Dalam pelajarannya, ia mendapati setiap wanita di sana hanya mengandungi cap khas dari pasangan mereka saja.

Kajian serupa dilakukan di perkampungan nonmuslim Amerika. Hasil kajian membuktikan wanita di sana yang hamil mempunyai jejak kesan khusus dua hingga tiga lelaki. Ini bermakna, wanita-wanita non-muslim di sana melakukan hubungan intim selain perkahwinannya yang sah.

Sang pakar juga melakukan penyelidikan kepada isterinya sendiri. Hasilnya menunjukkan isterinya ternyata mempunyai tiga rekod cap laki-laki alias isterinya curang. Dari kajiannya, hanya satu daripada tiga anaknya saja berasal dari dirinya.

Setelah kajian-kajian tersebut, dia akhirnya memutuskan untuk masuk Islam. Ia meyakini hanya Islam lah yang menjaga martabat perempuan dan menjaga keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin bahawa perempuan muslimah adalah yang paling bersih di muka bumi.
sumber republika.co.id

Selasa, 14 April 2015

SYEIKH ABDUL QADIR " TUHAN TUAN-TUAN SEMUA BERADA DI BAWAH TAPAK KAKI SAYA"



Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemimpin-pemimpin ternama kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemimpin-pemimpin tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.
 Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata:
"Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya."

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu.
Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?
Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.
Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi memang tahu tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang makruf sebagai seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.
Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

Semoga Allah mencabut segala cinta dan keagungan terhadap dunia , suapaya tidak menyibukkan hati kita dengan sesuatu selain Allah, agar dunia itu ditangan tapi tidak dihati.

Isnin, 13 April 2015

PENGALAMAN MENGHARUKAN SEORANG ULAMA DENGAN PEROKOK TEGAR



Dikisahkan oleh Syaikh Dr. Muhammad al-‘Arifi
Aku pernah diundang di malam Ramadhan dua tahun yang lalu untuk menjadi pembicara dalam satu siaran live di salah satu siaran TV. Siarannya tentang ibadah pada bulan Ramadhan. Siaran itu dilakukan di Makkah al-Mukarramah pada satu bilik di salah satu hotel yang boleh melihat di atas Masjidil al-Haram.
Ketika itu, kami berbicara tentang Ramadhan. Para penonton television boleh melihat di belakang kami pemandangan orang-orang yang umrah dan thawaf secara langsung.

Kala itu pemandangannya sungguh mengagumkan dan mengharukan, membuat pembicaraan pun semakin berkesan. Hingga pembawa acara menjadi lembut hatinya, dan menangis di tengah halaqah itu. Sungguh suasana itu adalah suasana keimanan, kecuali salah seorang kameramen. Dia memegang kamera dengan satu tangan, dan tangan yang kedua memegang rokok. Seakan-akan tidak ada satu waktu yang tersia-siakan dari malam bulan Ramadhan kecuali dia kenyangkan paru-parunya dengan asap rokok.

Tamatnya program, kameramen itu pun mendatangiku –sementara rokok masih ada di tangannya- sambil dia mengucapkan terima kasih dan memuji. Maka kukeraskan genggaman tanganku dan kukatakan, ‘Anda juga, saya berterima kasih atas kesudian anda dalam menyuting acara keagamaan ini. Saya memiliki satu kalimat, barangkali Anda mahu menerimanya.’
 
Dia pun menjawab, ‘Silahkan… silahkan. 
Kukatakan, ‘Rokok”
namun dia memutus pembicaraanku lalu berkata, ‘Jangan menasihatiku… demi Allah, tidak ada faidahnya wahai syaikh.’  
Kukatakan, ‘Baik, dengarkan saya… Anda tahu bahwa rokok haram, dan Allah berfirman…’ 
Dia pun memotong pembicaraanku sekali lagi, ‘Wahai Syaikh, janganlah menyia-nyiakan waktu Anda… saya telah merokok selama 40 tahun… rokok telah mengalir dalam urat nadi saya… tidak ada faedah.. 
Kukatakan, ‘Apa yang ada faidahnya?’  
Dia pun merasa tidak enak dariku lalu berkata, ‘Do’akanlah saya… do’akanlah saya.’ Maka akupun memegang tangannya seraya berkata, ‘Mari bersama saya..’ Kukatakan, ‘Mari kita melihat kepada Ka’bah.’

Maka kamipun berdiri di sisi jendela yang boleh melihat di atas al-Haram. Dan ternyata setiap jengkal dipenuhi dengan manusia. Ada yang ruku’, sujud, yang sedang umrah, dan sedang menangis. Sungguh pemandangan yang sangat mengesankan.

Kukatakan, ‘Apakah Anda melihat mereka?’
Dia menjawab, ‘Ya.’
Kukatakan, ‘Mereka datang dari setiap tempat, yang putih, yang hitam… orang Arab dan ‘ajam… yang kaya dan miskin… semuanya berdo’a kepada Allah agar menerima ibadah mereka dan mengampuni mereka…’
Dia menjawab, ‘Benar… benar…’
Kukatakan, ‘Tidakkah Anda menginginkan Allah memberikan kepada Anda apa yang Dia berikan kepada mereka?’
Dia menjawab, ‘Ya… tentu saja.’
Kukatakan, ‘Angkatlah tangan Anda, saya akan berdo’a untuk Anda… dan aminilah do’a saya.’
Akupun mengangkat kedua tanganku lalu kukatakan, ‘Ya Allah, ampunilah dia…’
Dia berkata, ‘Aamiin.’
Aku berdo’a, ‘Ya Allah, angkatlah derajatnya, dan kumpulkanlah dia bersama dengan orang-orang yang dikasihinya di dalam sorga… ya Allah…’
Dan tidak henti-hentinya aku berdo’a hingga hatinya lembut dan menangis… seraya mengulang-ulang, ‘Aamiin… aamiin…’
Tatkala aku ingin menutup do’a kukatakan, ‘Ya Allah, jika dia meninggalkan rokok, maka kabulkanlah do’a ini, jika tidak, maka haramkan dia atas terkabulnya do’a ini.’
Maka pecahlah tangisan laki-laki tersebut, lalu menutupi wajahnya dengan kedua tangannya dan keluar dari bilik tersebut.
Berbulan-bulan telah berlalu, akupun diundang lagi ke studio television tersebut untuk melakukan siaran langsung.
Saat aku masuk ke bangunan tersebut, tiba-tiba ada seorang laki-laki yang nampak taat beragama menemuiku, kemudian dia mengucapkan salam dengan hangat, lalu mencium kepalaku, dan merendah meraih kedua tanganku untuk menciumnya, dan sungguh dia sangat terkesan.
Kukatakan kepadanya, ‘Mudah-mudahan Allah mensyukuri kelembutan dan adab Anda… saya sungguh menghargai kecintaan Anda… akan tetapi maaf, saya belum mengenal Anda…’
Maka dia berkata, ‘Apakah Anda masih ingat dengan kameramen yang telah Anda nasihati untuk meninggalkan rokok dua tahun yang lalu.’
Kujawab, ‘Ya…’
Dia berkata, ‘Sayalah dia… demi Allah wahai syaikh… sesungguhnya aku tidak pernah meletakkan rokok di mulutku sejak saat itu.’ Alhamdulillahi Rabbil ‘alamiin.(AR)*

Sumber: http://qiblati.com/selamat-tinggal-rokok.htm

Jumaat, 10 April 2015

VIDEO...SETELAH MENGHINA,PEMUDA INI DIAJAK DEBAT

video


PEMUDA KRISTIEN MNDAPAT HIDAYAH KETIKA SAKARATUL MAUT.



 
Salah seorang Syaikh menceritakan sebuah kisah yang mengharukan:
Suatu saat aku melakukan kajian di sebuah masjid di kota fulan, datanglah imam masjid tersebut dan berkata, "Wahai Syaikh! Di kota ini, pada dua pekan yang lalu, telah terjadi suatu peristiwa yang sangat menakjubkan!" Aku balik bertanya, "Peristiwa apa yang terjadi wahai saudaraku?" Maka Imam Masjid tersebut mulai bercerita, "Kami mendengar ada seorang pemuda yang dilanggar kereta api saat melintas di rel kereta api, maka aku langsung pergi ke tempat kejadian tersebut dan aku dapatkan pemuda tersebut dalam keadaan sangat kritikal, ususnya berhamburan keluar dari perutnya dan tangan kirinya juga telah putus.
Maka aku berkata kepadanya, "Wahai anakku! Ucapkan kalimat laa ilaaha illa Allah. Lalu pemuda itu memandang kepadaku, aku pun mengulang kembali perkataanku, "Wahai anakku ucapkan kalimat laa ilaaha illa Allah!" Maka pemuda tersebut berkata, "Laa ilaaha illa Allah, kemudian nafasnya terhenti dan dia meninggal. Lalu aku berusaha mencari identitinya di salah satu dompet bajunya untuk mengetahui nama dan alamatnya.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sebuah salib ditangannya, ternyata pemuda ini seorang Nasrani." Kemudian imam Masjid tadi berkata, "kita akan pergi ke rumah pemuda tersebut untuk menyampaikan kisah ini kepada keluarganya, semoga menjadi pelajaran bagi mereka."
Maka kami bersama dengan kaum Muslimin yang lainnya, sekitar kurang lebih 2000 orang, berangkat menuju rumah keluarga pemuda tersebut untuk berta’ziah dan mengabarkan tentang keadaannya sebelum meninggal. Ketika kami sampai di rumahnya, bapa pemuda tersebut berkata,
"Sungguh anakku senang sekali mendengarkan Al-Qur’an dan hendak masuk Islam akan tetapi aku selalu melarangnya."
Maka kami pun bertakbir dan mengatakan, "Sungguh Allah telah memberikan taufiq kepadanya ketika melihat kejujurannya."
sumber:http://lampuislam.blogspot.com/…/kisah-pemuda-kristen-yang-…

Khamis, 9 April 2015

SENTAP!!!! PERKARA DIRAHSIA IBU YG PERLU ANDA TAHU


IBU : Nak, nak tahu kenapa IBU sgt sayang dgn kamu?

Anak : kerana saya anak IBU kan??

IBU : Benar, tapi ada alasan yang lebih hebat dari itu. Mahu tahu??...

Anak : Apa tu IBU??

IBU : Kerana hanya kamulah yang menjadi penyelamat IBU di kubur nanti jika malaikat sedang memukul dan menyiksa jasad IBU nanti..IBU takut nak...

Anak : IBU! Janganlah sampai begitu...

IBU : Makanya jadilah anak yang SOLEH ya nak !! Kerana nanti IBU memerlukan Do'a mu di sana nak...IBU takut nak...IBU tidak sanggup menanggung dgn jasad yg lemah ini

Anak : ...........

IBU ; IBU tidak mahu bebankan kamu dgn brsusah payah menjaga IBU di dunia tp cukuplah selamatkan
IBU di alam sana..IBU letih nak...

"IBU TIDAK AKAN SELALU MENEMANIMU DI DUNIA"

PENGARAH PERANCIS MASUK ISLAM KERANA INSIDEN CHARLIE HEBDO




Seorang pengarah asal Perancis, Isabelle Matic, mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam
"Semalam, aku telah menjalani rukun pertama dalam agama Islam: Ashadu'al laa ilaaha illa illah wa ashadu 'annaa muhammadar rasulullah," katanya dalam akaun Facebook

Hal ini cukup mengejutkan bagi orang awam Perancis. Ini terjadi selepas serangan keganasan terhadap pejabat Charlie Hebdo yg dikaitkan dgn Islam.

Isabelle juga menjelaskan, sebab dirinya masuk Islam. "Di tengah pelbagai kejadian mengerikan, termasuk yang berkaitan dengan Charlie Hebdo, aku umumkan aku kini seorang Muslim," tulis Isabelle Matic.
"Dengan tetap berpegang pada pendirianku mengenai karikatur Nabi SAW, bahkan sebelum aku menyatakan diri masuk Islam. Mereka menipu tentang Nabi Muhammad SAW, namun tetap tidak akan boleh menyakiti beliau. Mereka hanya menipu sosok yang dalam bayangan mereka sendiri, yang lantas mereka beri nama. Buatku, sosok itu bukanlah Nabiku, "tambahnya.

Isabelle lantas menganalogikan sikap Nabi SAW, ketika masih di Makkah. Kata Isabelle, walaupun Nabi SAW terus dihina, beliau tetap tersenyum dan ramah terhadap mereka.
"Bersikap bijak, itulah jawaban atas setiap bentuk provokasi. Dan inilah yang diajarkan Nabi kita tercinta (SAW) untuk kita," kata Isabelle Matic.

Dalam edisi awal minggu ini, Charlie Hebdo kembali menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai sampul laman depan. Walaupun sebelum ini telah berlaku insiden pembunuhan terhadap 12 orang, karikatur ini tetap saja diterbitkan media satire tersebut. Mengenai hal ini, Isabelle berharap kaum Muslim sedunia tidak terbakar amarah buta, melainkan mengabaikan sikap olok-olok demikian.
"Maka ketika Charlie Hebdo terbit lagi, Insya Allah, jangan kita tertipu. Jangan kita bertindak balas dengan provokasi. Dan abaikan saja itu," ujar Isabelle Matic.
sumber http://www.republika.co.id

Rabu, 8 April 2015

PLKN: BAHANA TARBIYAH SONGSANG



1. Terdetik untuk menulis sedikit berkaitan dengan pengalaman menyertai PLKN pada awal tahun 2012 sebelum melangkah ke alam kampus selama 3 bulan. Saya pernah di tempatkan di Gambang suatu ketika. Tulisan ini sedikit sebanyak sebagai usaha menjawab pertanyaan sahabat-sahabat tentang bagaimana keadaan di PLKN, dan apa yang perlu dibuat sekiranya terpaksa menghadirinya.

2. PLKN adalah tempat memupuk racun sekularisme dan nasionalisme. Mengapa? Ayuh kita hayati kehidupan seharian di PLKN. Berpagian dengan kawad kaki. Jam 6.15 pagi wajib berada di atas padang kawad, subuh macam mana?. Alhamdulillah, di Gambang, Kagat sedikit memainkan peranannya untuk mempastikan semua muslim solat Subuh dahulu sebelum turun ke padang kawad, itupun setelah beberapa tahun berdebat dan berhujjah dengan pegawai di Gambang itu. Guru-guru yang mengajar kawad langsung tidak kelihatan di surau. Mereka hanya berada di padang kawad kemudian masuk dalam bilik masing-masing. Teladan Islamik hancur berkecai. Pernah dikongsikan oleh sahabat lain, mereka berpengalaman berdebat dengan guru yang mengerahkan semua pelatih turun ke padang kawad tanpa solat Subuh.

3. Tidak cukup dengan itu, pelatih disajikan dengan kelas 'riang ria' bermula pada jam 8 pagi sehingga tengahari. Pelatih disajikan dengan modul yang kononnya meningkatkan potensi diri dan meningkatkan rasa sayang akan negara. Padahal, modul yang disediakan sarat dengan unsur yang merosakkan moral dan jati diri anak muda. Teringat saya pada modul, guru tersebut membentangkan tajuk berkaitan perhubungan lelaki dan perempuan, dalam kenyataannya, guru tersebut menyatakan tidak mengapa sekiranya berdua-duaan tapi jangan di tempat sunyi. Fahaman sebeginilah yang merancakkan manusia berbangga-bangga dengan dosa yang dilakukan. Ada juga modul yang disuruh lelaki menatap tubuh wanita daripada atas hingga ke bawah, lalu ditanya, apa yang ada pada wanita. Modul seperti inikah yang meningkatkan jati diri? Alasan mereka, supaya kita tidak malu. Rosaknya program sebegini.

4. Banyak lagi perkara yang sekiranya diceritakan, maka terkejutlah sahabat-sahabat sekalian, saya ringkaskan tulisan ini. Dalam program yang diadakan, mesti sentiasa bergabung antara lelaki dan perempuan, pemakaian muslimah pun sudah menjengkelkan sehingga menampakkan apa yang menjadi permata bagi muslimah. Diwajibkan menyertai tarian dan banyak lagi yang tidak saya nyatakan lagi.

5. Sekiranya ditanya kepada saya adakah perlu hadir ke program PLKN ini, pasti saya akan jawab tidak. Sekiranya adik-adik berpeluang dan mempunyai inisiatif untuk tidak menghadirinya, maka lakukanlah, kerana mudharat lebih besar daripada maslahat. Ada pula yang menyatakan, sekiranya untuk dakwah, macam mana pula?. Saya tegas, mudharat lebih besar dari maslahat. Ada sahabat saya, pernah tumbang dipukul fitnah wanita. Alhamdulillah belum sempat dia terjun ke lembah noda dan fitnah dia sempat diselamatkan usai tamat PLKN, itu sahabat yang saya sangat thiqah, tahajud memenuhi jadual hidupnya sebelum PLKN, anda bagaimana?.

6. Sekiranya terpaksa?. Pertama, aplikasi dan adaptasikan ilmu yang pernah diceduk dalam bakul dakwah. Laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar kepada pemimpin(guru², kaki tangan), pelatih, muslimin muslimat seluruhnya. Perbaiki umat Islam yang rosak, jangan kita rosak sebagaimana mereka rosak. Pasti ada yang bersedia untuk berubah disana. Teguhkan kaki bersama dengan Islam, kerana disana pasti ada yang akan menentang anda. Bersedia dengan ilmu, pengalaman dan iman. Ilmu asas wajib diluncurkan bersama. Muamalat dengan non-muslim, perbandingan agama, kerana disana mungkin akan berlaku perdebatan di antara agama lain dan Islam, dan orang yang jahil akan menilai antara Islam dan agama lain. Sentiasa berdoa kepada Allah semoga diteguhkan kaki kita bersama Islam dan semoga kita mampu memberi sinar kepada pelatih dan kaki tangan yang lain.

7. Kitalah yang melakar sejarah sendiri. Sekiranya mahu selamatkan sahabat yang lemas dalam telaga air najis, jangan pula kita yang terjun dalam air najis, hulurkan tali, tarik naik ke atas. Moga perkongsian ini memberi gambaran sedikit sebanyak kepada adik-adik untuk memacu kehidupan adik-adik.
Faqir ila_llah,
Abdul latif al-marangi.

KISAH ISTERI SOLEHAH MNJAGA KEHORMATAN SUAMI





Di kota Jeddah ada seorang wanita yang mghadapi masalah dlm rumah tangganya. Iapun terlibat prselisihan dgn suaminya. Akhirnya prbalahan itu mmuncak hingga suami memukul isterinya. Menangislah wanita ini.

Tiba-tiba terdengar bunyi sseorang yang mengetuk pintu:
.“Tok..tok..tok..”Segeralah suaminya melihat siapa yang dtg .Tak diduga, Mertuanya iaitu orang tua isterinnya ada di depan pintu datang melawat . Dlm keadaan berderai air mata, wanita ini pun masuk ke dalam bilik . Ia sapu air matanya dan ia bersihkan wajahnya. suaminya pun mnjmput mertuanya masuk kedalam rumah.

Tak lama, keluarlah wanita ini menemui ibu dan bapanya dengan sisa air mata yang tak mampu ditahan. Diciumnya ibu dan bapanya sedang air mata terus mengalir di pipinya. Betapa terkejut ibu bapanya melihat anaknya keluar dalam keadaan menangis

“Kenapa kamu menangis nak ?” Tanya ibu kepada anaknya.
Wanita inipun menjawab,“Ibuu..saya rindu dgn Ibu.Tiada pandangan yg lebih indah selain melihat wajah ibu.Tiada yg lebih gembira selain berjumpa ibu..Tiba2 Allah kirimkn Ibu dgn bapa ke sini..”

Subhanallah....Mendengar jawaban isterinya, hancurlah amarah dan keangkuhan suami. Hatinya luluh melihat kecerdasan isterinya dalam menyelamatkn nama baik suaminya di hadapan mertua.Segera suaminya keluar rumah utk mncari hidangan bagi mertuanya krn memang hari itu tidak ada masakan di rumahnya. Sebelum pulang, ia prgi kedai emas dn mbeli rantai emas .Tibanya di rumah, semua berjalan normal. Seolah tiada masalah yg berlaku

Selepas mertua pulang, suaminya segera menemuni isterinya. suaminya minta maaf atas amarah dan khilafnya. Dia serahkan emas kepada isterinya sambil berkata,” Anti tastahiqqiina ruuhi”…ENGKAU BERHAK MENDAPATKAN NYAWAKU…;) ({})

MENGHARUKAN...INILAH KISAH HEBATNYA PERDANA MENTERI PALESTIN



oleh:hamba fakir


MENGHARUKAN...INILAH KISAH HEBATNYA PERDANA MENTERI PALESTIN (gaza only)

suatu ketika seluruh pasukan Bridgade Al Qassam Hamas dikumpulkan di dalam terowong , mereka diminta membuka penutup wajah masing2 (mreka memang selalu memakai penutup wajah ketika keluar.Ini sesuai instruksi Sheikh Ahmad Yasin agar terhindar dr penyakit riya`)

Ketika diminta membuka penutup wajah itu, ada satu orang yang terus menolak melakukannya . Sehingga semua pasukan memaksanya utk mbuka penutup wajahnya, akhirnya beliau terpaksa membukanya tanpa kerelaan hatinya.Namun, setelah memikirkannya, beliau terpaksa membukanya.

Setelah penutup wajah terbuka dan terlihat jelas wajahnya, menangislah seluruh pasukan dan saling berpelukan. Ternyata, org itu adalah Perdana Menteri mereka sendiri, ISMAIL HANIYA .
ya, perdana menteri Palestin sekaligus petinggi HAMAS itu mnggalkn jabatannya utk brtmpur bsama pasukan dn rakyatnya, tnpa ada mengetahuinya

 ALLAHUAKBAR!!!!

pentingnya memilih pemimpin bertaqwa pada akhir zaman ini!!!!

SENTAP!!! MENGAPA RASA HILANG CINTA KPD ISTERI



SENTAP!!! MENGAPA RASA HILANG CINTA KPD ISTERI

● seorg lelaki b'tanya kpd sheikh : wahai sheikh ,, aku telah lama berkahwin dan mempunyai anak2 ,, tapi semenjak beberapa tahun ini ,, aku merasakan aku tidak lagi tertarik kepada isteriku ..

● sheikh mula bertanya : adakah isterimu telah gemuk ??

● lelaki menjawab : tidak ,, dia kelihatan sama seperti dulu ..
 

● sheikh b'tanya lg : adakah dia terlibat dlm kemalangan yg m'yebabkan dia cacat ??
 

● lelaki menjawab : tidak ,, dia mash kelihatan sama seperti dulu ..
 

● maka sheikh bertanya lagi : adakah kamu mempunyai kesukaran menundukkan pandangan mu kepada wanita2 yang berjalan di hadapanmu ?? adakah kamu meminati pornography ??
 

● lelaki menjawab jujur : ya ,, bagaimana sheikh tahu perkara tersebut ??
 

● sheikh berpesan : bila kamu terlibat dengan perkara HARAM ,, suka kepada yang haram ,, tidur makan dan bernafas kepada perkara yang haram .. maka yang HALAL akan MENJADI JIJIK bagimu ..

YA ALLAH, KAU JAUHKANLAH KAMI DARI YANG HARAM,SUCIKANLAH MATA KAMI DARIPADA KEKOTORAN

CUKAI MENURUT KACA MATA ISLAM

Oleh: Abdul Latif Al Marangi.

1. Setelah beberapa hari dilaksanakan GST di Malaysia, saya terpanggil untuk membuat catatan ringkas berkaitan dengan cukai dan pengurusan ekonomi dalam Islam. Allah taala telah berfirman dalam surah Al-Hasr:
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya
2. Kita sedang menghadapi bencana yang besar iaitu harta kekayaan akan berpusing dalam kalangan orang tertentu dan tidak turun kepada rakyat. Kita juga menghadapi penjual yang tidak bertimbang rasa apabila berjual beli dan kita juga menghadapi pemimpin yang tidak bertimbang rasa mengendalikan urusan rakyat. Perkara ini terjadi kerana kita meninggalkan Islam.
3. Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin negara ini memberi impak yang cukup besar kepada rakyat kerana pemimpin yang tidak mengikut lunas yang telah digaris syara'. Kita mesti memahami bahawa amanah kepimpinan bukanlah satu medan untuk mencari harta. Hal ini disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith, 15 perkara yang akan mengundang bala segera daripada Allah, di antaranya apabila amanah kepimpinan dijadikan medan mencari harta dan harta berpusing dalam kalangan orang tertentu sahaja.
4. Sepatutnya kerajaan mengiatkan ekonomi rakyat menggunakan sumber yang ada kerana dengan perkembangan ekonomi rakyat menambahkan hasil negara dan pendapatan negara melalui cukai-cukai yang dikenakan kepada orang kaya dan tidak dikenakan kepada oranh miskin. Dalam Islam diwajibkan zakat harta. Zakat ini dikenakan mengikut kadar yang telah ditentukan sebagai orang kaya. Sekiranya menternak kambing 40 ekor dan keatas, barulah dikenakan zakat, sekiranya menternak 20 ekor sahaja, maka zakat tidak dikenakan ke atasnya. Begitulah keadaannya kepada petani-petani dan lain-lainnya. Orang miskin tidak dikenakan zakat. Dan zakat adalah rukun Islam, wajib dilaksanakan sama ada berkerajaan ataupun tidak.
5. Islam memperkenalkan Jizyah iaitu cukai kepada orang bukan Islam dan disebut sebagai cukai keselamatan negara. Kharaj adalah cukai pertanian dan lain-lain lagi. Cukai ini diambil daripada orang kaya dan sekali-kali tidak diambil daripada orang miskin. Paderi tidak dikenakan cukai kerana mereka tidak bekerja. Cukai ini dikenakan kepada orang berada dengan syarat pemerintah Islam mestilah menjalankan tanggungjawab.
6. Apabila pemerintah Islam tidak mampu menjaga keselamatan, kerajaan mestilah memulangkan semula cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam, dan kerajaan tidak boleh mengenakan cukai. Orang bukan pastinya terkejut sekiranya mereka memahami percukaian Islam ini. Berlaku di zaman Saidina Umar, apabila mereka tidak mampu menjaga keamanan negara, kerajaan Islam memulangkan kembali cukai yang diambil kepada orang bukan Islam menyebabkan orang Islam kehairanan dan mereka lebih rela berada dibawah pemerintahan Islam.
7. Islam juga menolak rasuah. Berdosa memberi dan menerima rasuah dan kesemua mereka adalah dalam neraka. Rasulullah bersabda:
قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
ٌ
“Rasulullah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah"
8. Islam mengajar pemerintah supaya menaikkan pendapatan rakyat bukannya menaikkan cukai. Umar bin Abdul Aziz menjawab surat seorang gabenor dengan tegas apabila gabenor tersebut ingin menaikkan cukai, beliau menjawab:
“Allah mengutuskan Muhammad untuk mengajak orang manusia kepada mengenal Islam, bukannya mengenal cukai".
9. Malangnya apabila orang Islam tidak mengikut cara Islam. Apabila hutang meningkat, dinaikkan cukai, apabila dinaikkan cukai maka dinaikkan pula harga barangan. Kedudukan ekonomi rakyat tidak meningkat. Gaji rakyat yang tidak mencukupi dan kesan sara hidup yang cukup tinggi mengakibatkan berlaku jenayah dan gejala yang tidak sihat.
10. Islam membawa solusi kepada segala permasalahan yang berlaku. Maka, ayuh kembalilah kita insaf menurut Islam. Allah taala mendatangkan bencana ini supaya menjadi peringatan kepada manusia umumnya sebagaimana firman Allah:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
11. Dan dapat kita lihat sendiri kesan apabila kerajaan memerintah tidak mengikut celupan Islam. Ketempangan terus berlaku dan akhirnya melemahkan lagi iman orang yang beriman dan menjauhkan orang bukan Islam untuk memeluk Islam hasil daripada tindakan mereka tidak menterjemahkan Islam dengan sebenarnya. Benarlah kata ulama' Islam itu terhijab dengan perbuatan umat Islam itu sendiri.
07 April 2015.